Friday 29 July 2011

Giler Menggilerrrr...

Hahaaa cop3..ni bukan nak cakap korang tu giler weh. Maksud aku kegilaan terhadap sesuatu atau senang citer laa, jadi trend. Pasal ape ek? Pasal bende yang korang leh perasan sekarang ni dok lalu lalang depan korang. Tu pun kalau korang perasan, kalau tak perasan tu macam membazir je tenaga aku dok taip ni.hahahaaa!!

Oke mula2 sekali aku nak bukak citer sal basikal ataupun bicycle ye kawan-kawan. Sape yang tak kenal ape tu basikal? Bek korang gi beli dulu.haha ni aku nak cerite sal basikal. Aku tak taw cemane tercetusnya idea dorang nak beli basikal dan gi jalan-jalan pusing kampung ramai-ramai camtu. Start 2 bulan lepas aku tengok ramai je budak-budak ngan bapak-bapak budak sekali join men basikal ni. Bukan murah menatang tu. Aku tanya brader yang beli tu dorang cakap dalam RM400 perggh gila lah..ade yang tak mampu nak beli or ade idea tercetus, dorang gi cari basikal tua yang orang dok kateh masa perang jepun tu dorang leh repair, spray dan join sekali.hahaa geli ati aku tengok. Ade gak niat dorang nak buat camtu. Tapi takpe, minat masing-masing oke? Em, dorang ni kalau dah join group memang aktif. Ade je perancangan dorang. Sanggup abiskan malam minggu dengan berbasikal ramai-ramai sejauh 30km dan patah balik. Yang penting, dorang ade jaga keselamatan macam pakai jaket, letak lampu yang kelip2 kat belakang dan depan basikal.



Yang ni pulak advance sket dari basikal iaitu motosikal. Tapi yang power lebey sket. Korang perasan tak sekarang ni superbike da banyak kat jalanraya? Kebanyakannya model Kawasaki sebab sekarang ni Kawasaki ade buat pemasangan unit kat Malaysia. And because of that, harganya lebih mampu dibeli berbanding beli yang dah siap diimport. Kawasaki ni aku tengok cun gak, tapi satu je yang slack. Taw ape tak? Tentu laa warne die; HIJAU..sebab takde kaler lain pon selain hijau. Takkan nak spray baru kot. Sayang maaa set ori dari kilang nak buat camtu.hahaa!! Kalau set ori 125zr pon korang gi cari len nak spray, apetah agi moto harga puluh-puluh ribu bai..yang best aku tengok superbike ni bile dorang konvoi ramai-ramai gi satu Malaysia. Rase gah je moto tu kat jalan ngan member follow sekali.hahaa teringin pulak aku nak merasa bawak superbike dan lagi best kalau dapat hak ke atas moto tu (owner laa)..giler ar kalau aku nak beli Kawasaki z1000 pon dekat RM85k taw..hahaaa



Hahaaa saat orang layan RXZ Millenium, semua layaaaaan..bile Catalyzer pulak meletup,semua layaaaaaaaaaaan.. Bile keluar 125zr baru yang lampu sarang lebah tu,fuuuuh semua pakai. Siap seal kaw-kaw masa tu. Yelah bro,moto da jadi panas ar camtu. Hilang kene rembat,memang leh nanges wooo..Sekarang orang layan basikal,semua layan. Basikal atok pon jadi dok modified taw.hahaaa lawak3..k laaa.ni saje entri aku buat masa ni. Sehingga ite berjumpe lagi..ciawww

0 comments: