Tuesday 2 August 2011

Kisah Bulan Ramadhan

 Alkisahnya baru masuk hari pertama puasa di bulan Ramadhan. Tetibe pulak teringat masa puasa zaman sekolah dulu.huhuuu walaupun dekat 10 tahun berlalu tapi tetap dalam ingatan dan sepanjang aku membesar, dapat jugak aku melalui dan melihat kerenah serta perangai orang waktu berpuasa ni..hahaa jom aku review balik..


Kantoi ke???
Ni yang aku tengok dah ramai buat dan macam tak amik peduli. Iaitu ponteng puasa.huhuuu weh ponteng puasa ni kalau kantoi ngan orang jabatan agama memang naik van jenazah laa korang. Malu wooo. Baru malu duniawi. Belom malu akhirat. Macam-macam skill nak ponteng puasa. Ade yang dah siap2 beli barang basah dan masak kat rumah. Bese orang bujang or budak kolej. Sebab dok umah sewa an. Jangan marah wooo..ni pengalaman yang wa nampak ngan mata wa sendiri. Ade lak yang berani mati beli makanan kat kedai pukul 11 pagi. Taktiknya pakai helmet. Takpon lalu ikot belakang kedai.hahaaa Aku dulu kecik2 tak tahan puasa aku gi minum air paip lam bilik air. Bengong je pikir balik. Nak wat camner. Kalau makan kat dapur, memang nak berbirat la bontot wa ni kene tibai ngan hanger.hahaaa!! Tapi sekarang ni dah besar, bile puasa tak terasa sangat letih. Yelah sebab kerje aku tak keluar opis macam engineer lain yang kene gi site..Kalau aku kene pegi site, maw terkangkang aku penat wat keje walaupun dalam bangunan. Sebab ko kene gi sana sini. Dapat call je, terus gi site..



Gampang penat
Bile dah matahari kat kepala mesti penat. Tol tak? Kalau tengok budak2 sekolah or budak kolej yang ade kelas ke. Fuuuuh muke dorang sayup je macam orang kebulur.hahaaa masa puasa ni tak terasa sangat nak makan cuma dahaga je sebab korang kehilangan air dalam badan. Tu yang lesu je. Kadang-kadang tengok ade yang terbongkang atas katil pas abes kelas, takpon dalam kelas.hahaa jangan tak pegi kelas sudaa. Bese laa bro adat berpuasa menahan lapar dan dahaga. Kalau nak segarkan badan sket korang leh ar mandi. Tapi jangan laa kerap sangat. Kang tertelan air kang nanti terus je minum air paip tu..hahaaa cukup basahkan badan or muke nak segarkan balik. Pape pon, sekarang ni aku dah kurang sket penat. Cuma ngantuk je lebey. Tapi korang jangan amalkan sangat tido masa puasa sebab bile tido, nanti korang bangun kompom ase dahaga amat. Paling korang rase dahaga n tekak kering lepas korang gosok gigi. Sebab macam ubat gigi tu menyerap abes air kat tekak..



Bersukan laa weii
Ni lah kegemaran budak-budak sementara menunggu waktu berbuka; bersukan. Kalau kat asrama tu korang leh tengok ramai ar yang bersukan waktu petang sementara menunggu waktu berbuka. Bagus pe dari korang melangok kat depan tibi or dok tepi tingkap, bek korang berpeluh sket. Baru bes nak berbuka nanti. Agipon terisi laa sket masa terluang tu..huhuuu Aku pon minat gak bersukan tapi lebih kepada ping pong.hahaaa tu main 2jam tak minum air pon takpe. Sebab tah...bes asenya main ping pon.huhuuu tapi budak-budak kolej suke main bola, ragbi, bola keranjang, badminton or takraw..hahaa cube korang tengok member korang waktu petang..mesti ade punyer aktiviti macamni. Bagus untuk masa lapang dan juga sihatkan badan. Awak dah letih tengahari ape kate petang bagi berpeluh sket.huhuuu


 
Mari pilih..pilih..pilih
Ni waktu2 paling dinantikan. Yelah sebab dapat makan. Tapi sebelum berbuka cube teka mane tempat yang paling menjadi tumpuan ramai? Ahaaa kompom laa baazar. Sebab kat situ memang tersedia juadah untuk berbuka. Kadang-kadang makanan yang korang tak pernah jumpe pon ade. Sedikit sebanyak baazar ni membantu segelintir golongan meraih pendapatan. Harapan aku kepada semua peniaga baazar ataupun pasar malam; ingat tentang kepuasan pelanggan bukan lebih kepada nak kaut untung. Sebab keuntungan korang datang dari pelanggan. Customer first, profit come seconds. Bile pelanggan puas hati ngan ape yang korang jual, kompom die akan datang balik. Tak perlu kedekut nak saving barang untuk masakan, yang penting sedap. Tu je kunci untuk berjaya. Tapi bagi pelanggan tu, jangan laa beli banyak nak giler macam makan ngan 10 orang pulak. Alaa kadar je pon takpe. Beli sket-sket je. Esok try pulak yang lain. Yang penting tak membazir. Sebab masa berpuasa laa orang tak reti nak berjimat. Asyik nak membeli je. Padahal kenyang je pon kalau makan satu bende.hahaaa



Hahaaa dah sampai waktu paling liat sekali; bangun sahur. Yup semua orang camtu. Aku pon malas giler nak bangun sahur kot. Yelah tengah ngantuk kan. Kadand-kadang terpikir taknak sahur. Nanti bile dah bangun kompom nyesal tak sahur sebab perut da berkeriok je keje..hahaaa lagipun ape salahnya amik pahala bersahur. Cukup makan kurma ngan air pon da cukup. Elok makan buah macam kurma sebab kurma mengandungi glukosa semulajadi yang boleh menjadi tenaga untuk esoknya. Betol..jangan pulak minum air manis. Tu tak jadi ape. Lagi manis air yang korang minum lagi cepat korang dahaga, berbanding dengan korang makan manis buah. Glukosa dalam badan akan dibakar untuk menghasilkan tenaga. Sebab tu kalau korang ade larian ke, korang patot minum glukosa macam glikogen. Air tu menggantikan gula dalam badan untuk dibakar supaya kite ada tenaga..



Okelah tu saje entri aku untuk kali ini..maw tido sudaaa ngantuk meh..
Gambar ni aku amik kat Google Images. Aku takde kamera nak snap sendiri gambar2 untuk blog aku. Tunggu ar moment aku ade kamera.. orait ciaw

0 comments: