Saturday 23 July 2011

Saket Badan Aku..dan Punce Jammed

Ni dah masuk ari ke berapa aku pegi ke Putrajaya dari umah aku. Jarak kalau aku tengok kat google maps dalam 60km dengan tol RM 3.20 sekali pegi. Tempoh masa lak, aku gerak kol7 pagi, sampai sana pulak dalam kol9 pagi. Amacam jaoh tak perjalanan aku? Haaa tempoh 2jam ni laa yang aku saket2 badan korang taw tak. Sampai sana je aku dah lesu. Balik pulak agi ar. Ase macam nak tido je kat tepi jalan tu.huhuuu!!

Keje memang sempoi. Tapi jauh sangat. Takpe lah, agipon minggu depan aku pegi ke HQ kat Subang Jaya. Kire oke laa tu. Separuh jalan dari umah aku ke Putrajaya. Rela aku jem gi Subang Jaya dari jem gi Putrajaya kot. Bapak bosan dok dalam kete sorang2 takde teman borak. Dengar lagu je. Kalau ade teman nak borak, kompom kite takkan bosan punyer bawak kete. Jangan teman tu tido masa kite drive sudaaa. Tu sama je ngan drive sorang2 betol tak??

Tu naseb aku bawak auto. Kalau bawak manual? Wooo itu macam tiap2 hujung minggu mesti maw urut satu badan bagi orait balik.hahaaa!! Yang buat saket badan tu sebab pe korang taw tak? Sebab pertama; jarak yang jauh. Kedua; tempoh perjalanan yang lama. Dan yang ketiga; jammed. Dan ade sebab kenape jammed. Ini dari pemerhatian aku. Korang pikir betul tak ape yang aku nak cakap pasni...

Sebab Jammed:-

Pertama: Traffic Light di Persimpangan

Banyak traffic light ni punce jem. Sebab korang sekarang da lepas satu traffic light. Pastu korang drive depan sket ade agi. Depan sket agi ade agi satu..dan setiap traffic light yang korang lalu sekejap je timing lampu hijau. Lampu merah kemain agi lame. Dah laa laluan korang tu jalan utama, bukan jalan biasa. Berbulu tak? Nak2 korang kat simpang empat. Memang korang kene karaoke laa dalam kete dulu tunggu hijau balik.hehee!! Cume berharap agar ade polis trafik jaga laluan laa. Sebab bile polis jaga, memang die akan bagi jalan main road tu lama sket.



Kedua: Kemalangan yang Tidak Berbau

Bile korang sangkut jem agak lama tak bergerak2 dan tetibe korang dengar bunyi ambulans ke bomba ke polis ke lori towing ke, tu biasenya ade kemalangan kat depan. Sebab bile jem, pemandu akan bawak slow. Bukan takot, tapi nak tengok cemane eksiden nya. Tu yang jadi lambat. Melainkan eksiden tu makan semua jalan utama seperti lori terbalik melintang penuh jalan. Tapi kalau jalan arah bertentangan tak jem, kompom pastu akan jem sket. Sebab dorang akan tengok gak kete yang eksiden tu. Maka makan jem laa jawabnya yang belakang2 dorang tu.hahaaa!! So kalau boleh, tolong laa jangan tengok. Kalau nak tengok, tolong sekali orang yang eksiden tu. Kan bagus dari bawak slow2 nak tengok. Sebab korang akan membabitkan jem yang sangat panjang kat belakang.



Ketiga: Dua Simpang Bersua Muka

Hahahaaa jangan salah paham. Aku cuma nak berpantun sket tengok korang paham ke tak. Oke, yang ketiga ni bile ade dua jalan yang berasingan bertemu menjadi satu jalan. Kompom je. Tak caye? Try korang pegi Shah Alam ikot Guthrie. Tengok betul ke tak..tu contoh jelah. Tempat len pon ade gak camtu. Besenya akan jadi kalau korang nak masuk Federal Highway. Sebab tu kan jalan utama ke bandar2 lain. Melainkan korang ikot highway baru. Salu tak jem sebab jalan tak ramai yang lalu pada masa tu..harap korang bersabar bile dapat camni..orait??








Keempat: Satu Berpisah Dua

Haaa pantun agi.hahaa!! Oke ni pulak bile satu jalan menjadi dua iaitu biasanya jalan exit dari highway. Memang salu jem sebab orang berpusu2 ke exit tu. Kadang2 makan jalan yang pegi ke arah lain. Biasanya kat Federal bile korang nak exit gi Puchong ke, Kelana Jaya ke, Petaling Jaya ke memang akan kena. Padahal korang nak gi arah lain. Nak taknak korang terpaksa bersabar. Kalau korang pon ikot exit jugak, memang agi kene bersabar. Oke geng?..




Kelima: Hujan itu Rahmat

Bile hujan, sejuk tak? Nak drive pon menggigil korang taw tak.hahaa!! Em berhati2 bile jalan licin. Air merupakan musuh tayar yang mane ia mengurangkan geseran dan boleh menyebabkan kemalangan. Lagipun, bile hujan korang susah nak nampak view kete depan. Agi laa kete warne gelap. Memang jaga2 ar jangan bercium bumper kete lain sudaa. Kebanyakan kemalangan berlaku bile jalan licin. Tayar tak mencengkam pada jalan dan keadaan kereta yang tak stabil akibat dari spring da mati, shock absorber yang da kurang bagus boleh sebabkan kemalangan. So hati2 bile hujan oke?? Yang penting bukak lampu kereta bagi orang nampak korang.




Keenam: Tol

Hah..ni pon sebab jugak. Cube korang pikir. Jalan ade 4 lane dan bile sampai kat tol, ade 2 tol tunai, 2 touch and go dan 2 smart tag..dan kebanyakan akan pegi ke tunai. Ce pikir ape akan jadi dalam setengah jam akan datang? Kompom ar jem brader. Kalau macam tol nak gi Putrajaya bes. Sebab kebanyakannya tunai pon ade. Tu baru betol. Ntah laa. Aku pon tak berani nak komen sebab ape agi. Kang salah pulak.huhuuu...





Ketujuh: Kenderaan Berat

Bende ni memang salu ade kat jalan even highway pon. Salunya bende ni adalah seperti lori kontena, lori siput (lori simen), jentolak, treler yang bawak muatan lebey.tu pon leh jadi punca jammed sbab dorang kan berat, so akan membuatkan lalu lintas menjadi perlahan. Tu takpe laa kalau sebijik. Kalau dah berbijik2 lori tu kat jalan, ape cer? Memang jem laa kot.hahaa!! Tu atas naseb laa. Kalau korang bernasib baik masa gi keje or balik keje takde lori sangat takpe. Kalau ade tu, redha jelah. Dorang pon nak cari makan jugak..



Kelapan: Sekatan Jalan (Roadblock)

Haaa ni komfom kan sebab jem? Sebab polis bile buat sekatan ni dorang akan jadikan jalan yang berapa banyak lane pon menjadi satu lane jugak. Sebab dorang mungkin nak cari sesuatu melalui sekatan tu, macam kereta curi ke, suspek ke. Paling korang rase jem masa Bersih 2.0 aritu. Korang tengok cemane jem die?? Cam gampang jaoh.. Sbar jelah ek..







Hahaaa tu jelah yang aku nak cerita arini; iaitu perihal kesesakan lalu lintas dan penyebabnya. Tu bagi aku. Kalau korang ade agi idea, leh ar tolong kongsi ngan aku..orait??
P/S: Hati-hati di jalanan orang. Ingat siapa yang bergantung pada korang. Jangan biarkan tanngungjawab itu terbiar je..thank kyiu..


Foto: Dari Google Images..search "Traffic jam"
Attribute: Thanks to the photographer and the owner of the picture..

0 comments: