Thursday 18 August 2011

Ape yang perlu dalam gaming PC ek?

Ahaaa best tak men game? Aku ni hantu game. Banyak game aku download yang besar-besar tapi tak dapat main kat laptop sendiri.hehee sebab tak cukup power. Graphic pon shared nga memori. Cemaner aku nak puas men game camni.hahaa kalu dapat gaming PC ke gaming notebook ke mesti gempak kan.hahaa tapi bagi yang meminati game, ni aku nak ceritakan perihal PC dan barang-barang yang wajib ade kat dalam nya sebelum korang on dan apabila korang on je, korang mesti senyum puas dapat semua barang-barang ni. Errr...tapi kos nya tu agak mencekik ar. Cuma nak bagitaw korang ar ape yang perlu ade dalam gaming PC dan ape yang aku kongsikan ni cukup untuk PC korang layan game yang untuk 5 tahun akan datang. I hope so laa, sebab nak kejar teknologi ni bukan senang dhoe. Memaksa korang berlabur duet untuk ikuti perkembangan teknologi ni.huhuuu dah dah dah..jom kite tengok entri aku kali ni..

Motherboard aka Papan Litar

Okeh, motherboard ni asas penting kepada sesebuah komputer. Sebab semua komponen dalam komputer diletakkan atasnya baru boleh idop. Senang citer, motherboard ni menghubungkan semua komponen dalam PC dan tak ade satu pon bende atas motherboard ni yang takde fungsi. Kalau nampak macam kosong je, tengok ape bende tu, search kat Google ape fungsi mende tu baru korang taw. Kalau tak, sampai bile korang tak taw..ni contoh motherboard untuk korang daripada Foxcon Bloodrage X58 yang support i7 punyer processor, 12GB maksimum memori, 4 PCIe dan macam2 lagi lah. Nak tengok detail, korang search model motherboard ni oke?

The Mother of Board

Processor aka Pemprosesan

Okeh, ni pulak intelligence untuk PC yang mane bende ni memproses maklumat dan data korang dengan cepat bergantung kepada kelajuan yang ditetapkan. Untuk gaming, aku syorkan Intel i7-965 Extreme Desktop yang mane clock speed paling tinggi setakat ni ialah 3.2 GHz yang menggunakan Hyper-Threading Tech untuk membolehkan ia memproses data dengan banyak sekaligus. Ia jugak disertakan dengan 8MB L3 cache dan soket LGA 1366

The Professor of Processor

Heat Sink aka Penyedut Haba

Yang ni agak penting jugak dalam memacu PC korang ke tahap yang ideal di mana heat sink diletakkan di atas processor yang bertanggungjawab menyebarkan haba dari processor. Heat sink yang baik mempunyai kipas dan pengaliran haba yang bagus yang diperbuat dari tembaga dan juga aloi. Tak lupe juga kipas yang cemerlang untuk menyedut haba keluar dari  celahan aloi.
The Heat Sinker

Power Supply Unit aka Pembekal Tenaga

Ini adalah seperti bahan api dalam kereta yang mana voltan eletrik mentah disalurkan dan ditapis menjadi watt yang cukup untuk motherboard. Tersalah kira tahap mampu motherboard dan tahap mampu power supply boleh mengakibatkannya terbakar. Untuk para gamer, cari power supply 1000watt dan motherboard yang mampu tampung tenaga eletrik yang disalurkan.

The Power Supplier

RAM aka Papan Memori

Semakin besar nilai sesuatu RAM, bermakna semakin banyak tugas yang ia boleh lakukan. Senang citer laa, RAM ni jadi supporter untuk processor. Sekarang ni latest RAM adalah model DIMM DDR3 yang power agi dari DDR2 oke? Ingat, nak beli RAM tu tengok dulu motherboard korang tu support sampai bape besar RAM. Kalau support 6GB DDR3 SDRAM-DIMM, jangan menggatal nak beli 8GB punyer okeh. Buang duet je. Sebab motherboard tu hanya akan guna 6GB je. Lagi 2GB akn burn, kire sama macam tak pakai..

The Gram of RAM

Graphic Card aka Kad Grafik

Ahaa percaya tak aku akan booo korang kalau nak main game yang saiz besar tapi PC korang takde bende ni? Memang tolol ar aku cakap. Sedar ar diri yang PC korang takkan tahan punyer. Kompom tersangkut-sangkut game tu. Yang latest kat market sekarang ni nVIDIA GTX 590M DDR3 punyer. Huyoooo 590 GTX agi tu. Memang high end graphic game punyer laa korang leh main. Bile korang ade graphic card, korang totally akan main game guna card sepenuhnya so akan jadi ringan berbanding korang pakai graphic chipset je, sebab chipset tu perlu kongsi RAM dan bile dah maksimum kat game, mesti akan sangkut game tu. Trust me, aku tak laa pandai sangat tapi aku ade laa taw serba sedikit. Graphic card bagi game korang, smooth, berkualiti, ringan dan clear kat skrin korang supaya nampak particle halus yang ade dalam game tu.

The Epic of Graphic
Sound Card aka Kad Bunyi

Ape laa men game tanpa bunyi yang pure @ asli betol tak? Dengan sound card, ape yang korang buat; dengar lagu, tengok movie, main game, semua korang akan dengar ngan jelas dan berpuas hati. Tapi tak perlu laa membazir nak beli kalau korang punyer telinga tak memilih sangat.heheee ade takpe, takde pon takpe.. Tetap leh main game.oke?

The Bound Of Sound
Speaker + Subwoofer aka Pemekak Telinga

Hahahaa..ni yang salu akan buat jiran korang marah. Dan paling marah, family korang. Tapi korang kene laa agak-agak sket nak bukak kuat-kuat. Tengok situasi dan lokasi bilik korang. Pastikan jauh dari orang ramai. Speaker memang best kalau buat men game. Cuma aku lagi syorkan korang pakai headphone yang power. Jangan beli yang murah. Sebab yang murah ni bunyi kuat die leh efek korang punyer telinga. Beli yang mahal sket. Alang-alang kan, sebab headphone mahal ni bunyi die jelas, kuat tapi tak sakitkan telinga.

The Speaker for Ear
Gaming Mouse & Keyboard aka Tetikus dan Papan Kekunci Gaming

Nak selesa main game kompom ar perlukan menatang dua ni.tol x? Sebab keyboard dan mouse gaming ni dah di perbuat khas tahan lasak dan tahan tekanan. Tak caye nape aku cakap camni? Ce korang gi cyber cafe. Tengok dorang pakai keyboard murah ape jadi? Ade key yang tenggelam, longgar dan tertanggal gara-gara kerakusan pemain-pemain game ni. Kalau mouse lak, ade yang takleh skroll roller die, right click function pon ade yang tenggelam takleh tekan dan macam-macam lagi. So dah percaya la ni?


The Cyborg of Keyboard
The House of Mouse


 Hard Disk aka Penyimpan Terbesar

Dah tentu-tentu korang perlukan barang ni kalau dah hantu game. Sekarang ni aku penah tengok kat internet, paling besar adalah 2TB bersamaan 2000GB.. Amacam? Tak cukup besar ke untuk korang? Takpe, jangan riso. Tengok SATA korang ade berapa. Kalau ade 3 korang darab laa ngan 2TB bape korang akan dapat letak hdd korang.hahaa

The Drive of Storage

Fan aka Kipas

Yup korang perlukan bende ni untuk pastikan PC korang tak dalam keadaan panas. Korang perlukan bende yang dapat mengalirkan haba dari dalam case, keluar. Sebab bile takde pengaliran udara, haba akan terpedap dan akhirnya boleh merosakkan PC korang yang mahal tu. Bende kecik je, tapi berfungsi. Dan sentiasa bersihkan ruang dalam PC tu sekurang-kurang sebulan sekali bagi membuang habuk.

The Fan
Monitor aka Paparan Muka
Yezzza...LCD yang cukup besar memuaskan bila main game, tengok movie ataupun buat design. Sebab paparan skrin lebar ni cukup hebat. Nak pulak sekarang ni ade LCD yang dibuat dalam 3D yang mana korang takyah beli spek 3D tu.hahaa bagi aku, yang sesuai sket buat view untuk game adalh saiz 19" punyer. Kire tak besar dan tak kecik. Tapi kalau korang tu seorang yang kecik, pilih yang sepadan sebab nanti pening kepale korang nak tengok bende besar-besar ni..huhuuu

The True of View


Ahaaa amacam?? Tip top tak PC korang kalau ade semua ni? Da memang ultimate gaming station laa PC korang ni. Tu kalau custom laa. Kalau nak cari yang da siap untuk gaming, ade bai. Takyah pening-pening pale nak survey, da ready made da untuk korang; Alienware dari Dell. Beran? Alienware ni memang baeeeek punyer bagi korang untuk gaming baik PC ataupun laptop. Pilih dengan baik ye. Setakat ni jelah entri aku. Sumber gambar aku cari kat Google Images. Terima kasih Google sebab mampu sediakan search engine  yang mempunyai banyak rujukan. Akhir kata, tatap laa wajah PC dan notebook Alienware. Salam sejahtera dan Assalamu'alaikum....

Beware of The Alien

The Ultimate of Alienware


Okeh ni senarai ape yang aku ceritakan tadi untuk membina sebuah komputer khas untuk game:-
1) Motherboard yang sesuai untuk komponen lain
2) Processor yang berkuasa memacu aplikasi ke tahap memuaskan
3) Heat Sink yang menyebarkan haba
4) Power supply yang berkuasa tinggi
5) RAM yang besar saiznya
6) Graphic card untuk pengalaman yang menakjubkan
7) Sound card untuk penghayatan yang memuaskan
8) Speaker yang mampu menggegarkan permainan korang
9) Keyboard dan mouse yang tahan lasak
10) Hard disk yang mampu mengisi data untuk tempoh panjang
11) Kipas yang bertanggungjawab menyejukkan PC

0 comments: